GamesOtak Cair Beku: Kuiz Teka Teki
Otak Cair Beku: Kuiz Teka Teki

Otak Cair Beku: Kuiz Teka Teki

Télécharger sur Google Play
Otak Cair Beku: Kuiz Teka Teki - Screenshot 1
Otak Cair Beku: Kuiz Teka Teki - Screenshot 2
Otak Cair Beku: Kuiz Teka Teki - Screenshot 3
Otak Cair Beku: Kuiz Teka Teki - Screenshot 4

Aperçu du jeu

Permainan kuiz teka teki trivia baru pelbagai kategori.

Merangkumi pelbagai tahap soalan yang menghiburkan, senang, dan sukar. Sesetengah soalan adalah soalan terus dan ada soalan yang memerlukan daya fikir luar kotak untuk meneka jawapan yang betul. Soalan-soalan kuiz ada dalam bentuk bergambar, soalan ayat, atau gabungan kedua-duanya. Anda akan diberikan markah dan boleh menyemak kedudukan anda berbanding pemain-pemain lain.



Tenangkan fikirkan, dan jom, cairkan otak anda!



Buat masa ini, terdapat 10 kategori soalan iaitu:

BAHASA - Menguji tahap pengetahuan bahasa Melayu anda meliputi cabaran istilah, sinonim antonim, peribahasa, pantun teka-teki, dan banyak lagi.



OTAK CAIR - Kategori ini menguji tahap kecairan otak atau menukar otak beku menjadi cair. Anda perlu menggunakan daya imaginasi, logik, dan kecekapan mata anda untuk menjawab soalan-soalan dalam kategori ini.



MALAYSIA - Setakat mana anda mengetahui tentang negara tercinta Malaysia? Jom uji rasa sayang anda kepada tanah air dengan menjawab soalan-soalan berkaitan Malaysia.



GLOBAL - Anda ambil tahu mengenai dunia luar selain Malaysia? Uji pengetahuan am, sejarah, dan geografi anda mengenai dunia luar dalam kategori ini.



ALAM - Soalan-soalan berkisar tentang flora dan fauna. Soalan-soalan mungkin tak semudah yang anda sangka.



SAINS - Adakah pengetahuan sains anda begitu baik? Cuba jawab soalan-soalan sains umum yang kami disediakan.



JENAMA - Soalan-soalan berkaitan jenama tempatan dan antarabangsa. Meliputi cabaran meneka logo-logo, slogan, gambar-gambar produk dan banyak lagi. Nampak mudah kan? Cuba dulu.



HIBURAN - Jika anda mengambil tahu hal-hal dunia hiburan semasa, kategori ini akan menjadi kegemaran anda. Meliputi pelbagai bentuk soalan merangkumi selebriti, filem, dan drama sama ada yang muncul di kaca TV, pawagam, atau rangkaian media sosial.



SELERA - Malaysia kaya dengan pelbagai jenis juadah. Kalau anda rasa anda hebat dan kenal semua, boleh cuba jawab soalan-soalan dalam kategori ini. Anda juga kena bersiap sedia dengan segala benda yang berkaitan dengan makanan di dalam dan luar negara.



SUKAN - Buat peminat sukan, jika anda layan semua jenis sukan, kategori ini akan jadi cabaran yang menarik untuk anda. Jom tengok sama ada anda akan katakan, "Ah, senang sangat!" atau buat otak anda meleleh ketika menjawab soalan.



Kami akan menambah kategori dan soalan-soalan dari semasa ke semasa.

Sumber ikon dibuat oleh Freepik dari ww.flaticon.com.
Développeur
Bisobrain Studio
Date de mise à jour
Mars 01, 2023
Date de sortie
Août 20, 2022
Prix
Gratuit

Développeur

Plus de jeux par Bisobrain Studio
Bisobrain Studio - Game 1
Accepter les cookies de Skich sur ce navigateur ?

Skich utilise des cookies et des technologies similaires pour fournir, améliorer, sécuriser et analyser ses services. En cliquant sur « Tout accepter », vous acceptez de nous permettre d'utiliser nos propres cookies et ceux de tiers conformément à notre Politique de cookies.